Resepi ringkas dan sedap: Pindang Ikan Jelawat
Mmmmmm... cukuplah lauk begini untuk makan tengahari. Masak sekali harung cukup lengkap dengan ikan dan sayur kacang bendi. Hirup kuahnya... sluurrrppp... sluuurppppp ada rasa masam, rasa belacan, pedas... ah! Sempurna!
Biarlah anak-anak tak mahu jamah lauk begini... resepi kampung, rebus-rebus je... tapi sekurang-kurangnya mereka pernah nampak hidangan ini pernah ibunya sediakan. Suatu hari nanti, kalau dah terbuka hati nak makan lauk sihat dan berkhasiat bolehlah jenguk-jenguk dapur maya ini ya anak-anak Mummy sayang.
Jadinya... masakan pindang ini Amie hanya gunakan seekor ikan jelawat, untuk Amie dan Encik Suami makan.
Ikan jelawat ini seberat 500 gram dan nampak masih segar walaupun kami beli di coldstorage. Datangnya pun dari Sarawak. Jadi, sementara stok ikan jelawat masih ada, bolehlah makan puas-puas. Nanti kalau dah tak ada, nak nampak ekor pun susah!
Kali ini Amie gunakan resepi dari buku Masakan Tradisi Kedah, oleh Puan Khatijah Md Yatim. Resepi asal menggunakan ikan pari.... aduuuuussss sedapnya! Amie cuma ada ikan jelawat, jadi Amie teruskan juga hasrat hati nak masak pindang. Lain kali kalau ada ikan pari Amie nak cuba juga masak cara begini. Sedap kok!
Bahan-bahan:
300 gram ikan pari - bersihkan dan toskan - potong kecil-kecil (Amie gunakan seekor ikan jelawat potong 5 bahagian)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 cawan air
2 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Bahan kisar:
5 tangkai cili hidup - buang biji
2 cm belacan
1 labu bawang besar
Cara:
1. Campurkan bahan kisar, air, serbuk kunyit dan serai dalam periuk dan rebus hingga mendidih selama 5 minit.
2. Masukkan asam gelugur dan ikan.
3. Apabila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
Amie masukkan kacang bendi.
Post a Comment