Agar Agar Koktel Di Pagi Aidil Adha
Hari ini hari raya kedua Aidil Adha. Saya terkedu bila menonton Motivasi Pagi bab ujian dan musibah di mana bila disebut sahaja ujian, orang akan berkata, sabar kerana ujian adalah diberi pada mereka yang mampu menanggungnya. Tapi tak pernah orang menyebut yang mereka diuji bila mendapat kenaikan pangkat di pejabat sebagai Ketua Jabatan atau mendapat projek dan kekayaan. Mereka tidak melihat kesenangan dan anugerah itu juga sebagai ujian. Sedang ujian kesenangan adalah paling bahaya kerana ianya boleh menjauhkan diri pada Allah. Apa yang saya tengok sendiri, ramai yang bila dilantik sebagai Ketua Jabatan akan tidak punya masa untuk menghadiri majlis ilmu atau solat berjemaah di surau. Terlalu sibuk dengan urusan dunia. Begitu juga ada yang menganggap kematian ahli keluarga seperti ibubapa sebagai ujian sedangkan kematian adalah sesuatu yang pasti. Jadi jika ibubapa meninggal, jadilah anak yang soleh. Buatlah amalan soleh dan bersedekah dengan doa dan harta kepada ibubapa yang meninggal. Itulah cara yang sebenar, bukan dengan bersedih dan menangis. Apa pun, kita kena bersyukur di saat diuji walau apa pun bentuk ujiannya. Berceritalah dengan Allah kerana Allah lah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dalam masa yang sama, tanyakan juga siapa sebenarnya yang diuji samada kita yang ditimpa musibah atau mereka di sekeliling kita yang tidak ambil peduli saat kita ditimpa musibah tersebut. Sebagai kesimpulan, ada tak manusia yang tidak pernah diuji?
Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan pula. Sebagai hidangan pencuci mulut, saya sediakan juga agar agar Koktel yang mudah. Memang nak buat yang mudah mudah jer. Agar agar sesuai dimakan sejuk sejuk selepas makan hidangan raya yang disediakan iaitu Kuah Kacang Dengan Ayam dan Nasi Impit serta lemang. Saya potong pun tak cantik sebab nak cepat ke surau bagi solat sunat Hari Raya.
Sekarang kita sentuh sedikit bab masakan pula. Sebagai hidangan pencuci mulut, saya sediakan juga agar agar Koktel yang mudah. Memang nak buat yang mudah mudah jer. Agar agar sesuai dimakan sejuk sejuk selepas makan hidangan raya yang disediakan iaitu Kuah Kacang Dengan Ayam dan Nasi Impit serta lemang. Saya potong pun tak cantik sebab nak cepat ke surau bagi solat sunat Hari Raya.
Sedap agar agar ini tapi saya dah terlebih memasukkan air sirap koktel, jadi ianya menjadi sedikit lembut. Ini adalah kerana saya membuat 2 adunan dan menggunakan pula 2 tin buah buahan koktel. Saya memang lupa untuk memasukkan gula batu. Lain kali, memang kena masukkan gula batu bagi menjadikan agar agar lebih kenyal dan tidak berair.
Jom layan resepi dulu...
Agar Agar Koktel
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 gram serbuk agar-agar
1.5 liter/5 gelas air
100 ml/1/2 cwn susu cair
Sejemput gula batu
Sejemput gula batu
200 gram gula pasir
1 tin besar koktel
2 helai daun pandan
Cara-cara:
Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula, gula batu dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan gula batu hancur.
Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan letakkan warna yang disukai dan disejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais atau masukkan dalam peti ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu dan buah buahan koktel. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
Tuang agar agar ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
Post a Comment