Apam Tapai Pulut
Bahan-bahannya
1 cawan tapai pulut
2 sudu besar gula
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno
Pewarna(kalau mahu)
Pewarna(kalau mahu)
Caranya
Blender tapai pulut, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno ke dalam adunan yang diperap tadi, dan kacau.
Masukkan pewarna yang diingini. Kacau.
Masukkan pewarna yang diingini. Kacau.
Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan sehingga hampir penuh. Kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang kuat.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam
Post a Comment