Kuih Kaswi Pandan Sedap






Telah lama saya dok menelek nelek resepi kuih tradisional kkida ni yang dia pelajari dari Bonda Mertua.  Kkida panggil kuih ini sebagai Kuih Talam Pandan tapi saya lebih suka memanggilnya sebagai Kuih Kaswi Pandan kerana rasanya memang seperti rasa Kuih Kaswi dan kedua, bila sebut Kuih Talam Pandan menyebabkan saya terkeliru dengan Kuih Talam Pandan yang mempunyai lapisan hijau dan putih di SINI. Saya tertarik untuk mencuba selepas membaca komen kkida yang ianya sangat sedap. Masa tu saya mencari resepi kuih yang tidak menggunakan tepung gandum kerana masalah allergik. Dah lama pun menyalin resepi tapi asyik tertangguh sahaja untuk membuatnya. Alhamdulillah kerana allergik saya telah pun hilang walaupun ada ketika, masih ada merah di atas kelopak mata. Syukur sangat kerana Allah masih memberi peluang untuk saya menikmati makanan kegemaran saya. Ya lah, bila tak boleh ambik tepung gandum, boleh dikatakan semua makanan pun tak boleh dimakan kerana semuanya menggunakan tepung gandum. 





Kuih ini saya buat kerana rasa macam dah lama tak membuat kuih muih sejak kena berpantang dari memakan makanan yang mengandungi tepung gandum. Asalnya nak buat Kuih Lengat yang menggunakan gula merah dan tepung beras. Resepi dan sukatan hampir sama dengan resepi ini. Tapi biasalah bila pertama kali  membuatnya, pasti ada kesilapan sedikit sebanyak. Adunan pertama, saya dah tersilap letak 1/2 sudu kecil kapur, maka apalagi kuih jadi macam sedikit pahit ke apa ke rasanya. Adunan memang cantik bila dipotong. Tak puashati, bancuh lagi satu adunan. Yang kedua ni, hanya guna air kapur sebanyak 1/2 sudu kecil. Tapi entah kenapalah pulak, kuihnya macam sedikit terlembik sehingga tak boleh hendak dipotong. Ish memang tak puashati. Rasanya lain kali, kena kurangkan air daun pandan ke 3/4 cawan sahaja kot. Namun begitu, rasanya sedap dan secukup rasa jer kemanisannya. Kebetulan anak buah saya Rudy datang ke rumah hantar daging qorban dari Kelantan, jadi saya hidangkan kuih ini bersama teh O. 

Kesimpulannya kuih ini memang sedap dan kalau kat tempat saya ala ala kuih kosui atau ada bau macam tepung hijau dalam kuih lompat tikam. Bezanya kuih lompat tikam tak diletak gula dan tepung gandum dan tidak dikukus. Apa apa pun, terima kasih kkida seorang blogger yang sangat saya segani atas resepi tradisional yang ada class tersendiri ini. 

Jom kita tengok resepi yang mudah dan sedap ini. 



Kuih Kaswi Pandan Sedap

Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur - guna 1/2 sudu kecil
Sedikit pewarna hijau

Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan. 

Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata. 

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya kukus selama 25 minit.





Hidang dengan parutan kelapa parut muda putih digaul dengan sedikit garam.





Nota:
Resepi asal kkida guna 1 cawan jus pandan. Utk masa depan, saya mahu kurangkan ke 3/4 cawan sahaja. 



1 comment:

  1. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete

Powered by Blogger.