Sambal Tumis Telur Rebus
Banyak betul dugaan yang datang bertimpa timpa sekarang. Dengan pemergian Bonda, dengan Rizky yang jatuh sakit dan perihal pengajian dan pekerjaan anak anak dsb. Baru malam tadi, kami membawa Rizky balik setelah dipantau oleh doktor selama beberapa hari. Hari ini pulak, dia menghilangkan diri. Setelah puas mencari di merata rata, akhirnya terjumpa tempat dia menyorok. Seperti biasa, hubby juga yang menemuinya. Memang sangat risau, kerana Rizky belum betul betul pulih, masih belum mahu makan. Habis kotor badannya dan dia belum boleh dimandikan untuk mengelak dari bertambah stress. Ingatkan manusia jer stress ya.
Malam tadi semasa Kuliah Ustaz Salam dikongsikan berkenaan dengan manusia yang membuat penganiyaan dan kezaliman pada orang lain, mati sebelum meminta maaf. Dia akan didakwa di hadapan Allah. Di kala itu, semuanya tidak boleh dibayar dengan harta benda lagi. Sebaliknya mereka mahukan gantirugi dalam bentuk pahala kita. Di saat kita juga sangat memerlukan pahala. Jika pahala kita tidak mencukupi, kita akan menanggung dosa orang yang dianiayai. Inilah contoh manusia yang bankrup di akhirat. Jadi beringat ingatlah kerana dosa dengan manusia mesti diselesaikan dengan manusia. Jika dosa dengan Allah, boleh bila bila masa bertaubat. Jika diri dirasakan berkuasa di dunia ini, jangan salahguna kuasa kerana dunia hanyalah persinggahan sementara. Sesungguhnya jawatan itu Amanah dan Amanah itu "Parah", iaitu berat....
Selepas 2 kali melihat Kak Azaria menayang gambar masakan Sambal Tumis Telur Rebus yang dimasaknya menjadikan saya sangat sangat ingin memasaknya. Warnanya kemerahan yang sangat cantik. Saya menunggu masa yang sesuai kerana kami telah lama tak memasak makanan berat berat di rumah kerana semua dah tak makan nasi. Semasa sedang mengaji, hubby menghantar gambar ikan terubuk yang sedang dibakar. Dalam hati berkata, elok juga memasak nasi dan disediakan Sambal Tumis Telur ni. Ada lah alasan untuk memasak nasi dan lauk lauk. Selain Sambal Tumis Telur rebus, saya juga menyediakan Telur Ikan Goreng Berempah.

Hmmm sebenarnya tak berapa puashati kerana Sambal Tumis saya tidak secantik sambal tumis yang dimasak Kak Azaria. Saya menggoreng telur rebus yang dikupas terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sambal tumis.
Jom kita tengok resepi dulu....
Sambal Tumis Telur Rebus
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 biji telur rebus - kupas dan goreng
8 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Asam keping
Gula
Garam
Cara cara:
Bawang bawang dan cili dikisar lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili benar benar masak.
Masukkan gula terlebih dahulu dan kacau rata. Selepas itu, masukkan sedikit air, garam dan asam keping.
Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah masukkan telur dan dikacau rata. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Post a Comment