Perut @ Babat Goreng... sedapnya ya AMPUUUNNNN!
Asyik terliur-liur je bila teringat perut @ babat @ berubut goreng di dapur Kak Nooriah kat Brunei nuuuunnnnn! Macam sedap... ya nampak macam sedap! Meh kita jenguk jap ke dapurnya DI SINI. Lawa sangat babat goreng Kak Nooriah! Memandangkan masa Amie sangat terhad di dapur, jadi Amie terpaksa cari fikiran untuk memudahkan kerja menggoreng babat ini. Kalau Kak Nooriah celup babat dalam telur dan golek-golekkan atas serbuk roti, Amie pula buat sekali harung memandangkan babat yang Amie gunakan sebanyak 1 kg. Macam banyak je bunyinya kaaannn... Amie tidak perap babat dengan jus lemon seperti Kak Nooriah, sebab babat yang Amie beli babat siap direbus, hanya tinggal hiris dan goreng saja. Terima kasih banyak ye Kak Nooriah kerana sudi kongsi resepi yang sangat sedap ni. Amie ambil idea menggoreng babat daripada Kak Nooriah, tapi bahan gorengan Amie sedikit berbeza dengan bahan yang Kak Nooriah gunakan.
Bahan-bahan:
1 kg babat @ perut yang siap direbus - hiris nipis
1 cawan tepung goreng rangup jenama Bestari
3 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan air
garam / perasa pilihan jika perlu (tepung goreng rangup sudah ada perasa)
minyak
Bahan tumbuk:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh lada putih
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara:
1. Masukkan tepung goreng rangup serta tepung jagung ke dalam sebuah bekas.
2. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan air. Adun sehingga sebati. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
4. Celupkan perut ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan.
Mula-mula sekali Fairuz masuk dapur dan bertanya apa yang sedang Amie goreng. Amie tak jawab sebaliknya Amie suruh Fairuz makan. Mmmmm... sedapnya! Amie tanya, apa yang Fairuz makan tu? Fairuz kata... sotong goreng! Ha hahah.... Amie ketawa sendiri bila melihat Fairuz mencari cili sos untuk cicah Perut Goreng! Bila Encik Suami datang, Amie suruh makan sekeping, dan bila Amie tanya, kata Encik Suami.... isi ikankah? Nampaknya tak seorang pun tahu apa yang Amie goreng. Terakhir, Fuad pula yang masuk dapur. Mula-mula katanya... sedaplah! Lepas tu dia tanya Amie, apa benda yang Amie masak? Amie tak jawab, dan dia terus meneka-neka. Pertama, Fuad teka sotong goreng sebab rasanya ada macam getah katanya, kemudian dia kata kalau bukan sotong tentu cendawan! Walllaaa.... semuanya salah. Bila Amie kata perut lembu, Fuad kata, tak kisahlah... yang penting rasanya sangat sedap! Dan... Fuad habiskan lebih 1/3 daripada gorengan Perut @ Babat Goreng kami!
Post a Comment