Bun Jagung Bercarrot

Doh Roti
500 gm tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1/4 sudu teh garam

1 biji telur(pukul dengan garfu)
2 sudu besar susu pekat
Dicampur dengan air suam agar menjadi 280 - 300ml
Sepeket yis (11 gm)
Biarkan seketika dan menjadi berbuih

Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air
Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.

Topping
1/2 batang carrot(sagat)
Jagung dalam tin
4 sudu besar mayonis
Parutan ceddar
Gaulkan carrot dengan mayonis.

Sapuan/gliss
Kuning telur(dipukul dengan garfu)

Hiasan
Bijan hitam dan putih

Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung,shortening, susu tepung, garam, gula, baking powder dan bread improver.
Lubangkan ditengahnya dan tuang cecair yis tadi.
Uli biar sebati(doh yang kasar)
Adunkan supaya menjadi doh yang kasar.
Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit.
Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat.
Masukkan dlm bekas mangkuk  dan tutup dengan plastik pembungkus makanan.
Biarkan di tempat yang agak panas selama 30 - 40 minit atau adunan naik sekali ganda.
Apabila adunan sudah naik, tumbukkan adunan untuk memngeluarkan angin di dalamnya.
Bulatkan doh semula.
Bahagikan doh kepada ketulan yang kecil(sekitar 20 biji)
Bulatkan doh seperti membuat donat(berlubang ditengah)i. Alaskan dengan kertas cupcake.  
Biarkan selama 20 minit/doh mengembang semula(lubang doh akan hampir tertutup)
Sapu dengan kuning telur dan letak campuran carrot, sesudu teh jagung manis dan akhirnya parutan ceddar(diletak di tengah iaitu kawasan yang berlekuk tersebut)
Bahagian tepinya taburlah dengan bijan hitam dan putih.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit bersuhu 170 - 180C.

No comments

Powered by Blogger.