Puding Wafer

Bahannya
10gm serbuk agar-agar
500ml air
7 keping biskut wafer
2 biji telur 
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin(besar) susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu teh esen vanilla 
2 sudu besar gula
Pewarna

Caranya
Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender wafer bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, dan esen vanila hingga hancur.
masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan ambil/keluarkan 3 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(merah, hijau, dan oren)
Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang sedikit demi sedikit adunan bewarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

Nasi Arab(rempah Kabsa)

Bahannya
4 cawan beras moghol bashmati
Selabu bawang besar(potong bulat)
4 ulas bawang putih(dadukan)
2 helai daun bay
140ml yogult
1 sudu besar rempah kabsa
1/2 sudu teh rempah alspices
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 ketul ayam
2 sudu besar tomato puree
Sebatang carrot disagat
Sebiji lada benggal potong dadu
4 1/2 cawan air
3 sudu besar minyak sapi
Pewarna oren
Kismis
Sedikit garam

Beras dibersihkan dan ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dengan bawang besar.
Masukkan daun bay, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.  Kacau.
Masukkan rempah kabsa dan alspices.  Kacau.
Masukkan tomato puree dan ayam.  Kacau
Masukkan carrot dan lada benggala.  Kacau.
Masukkan juga kismis.  Kacau.
Masukkan yugult.  Kacau.
Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan air dan sedikit garam...Kacau supaya tidak berkerak.
Alihkan periuk ke dalam rice cooker(kyah masak menggunakan periuknya dahulu di atas dapur gas)
Masak seperti biasa.
Bila sudah masak titikkan pewarna oren ke atas nasi dan masukkan juga lebihan buah kismis(jangan dikacau)
Kacau nasi ketika hendak makan nanti.

Kakyah makan bersama dalca daging dan ayam masak merah(tidak seperti kebiasaan nasi arab yang dimakan dengan sup dan acar timunnya.

Untuk resepi dalca boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2012/08/dalca-campur.html

Cara membuat rempah Kabsa
bahan2nya  
4 sudu besar ketumbar
2 sudu besar cengkih
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar buah pelaga
2 sudu besar lada hitam
2 biji buah keras
Semua bahan goreng tanpa minyak dan diblender kering sampai halus.
Boleh disimpan dalam bekas tertutup.                                                                                                                          

Ketupat Sotong

Bahannya
Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
1 1/2 cawan santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi ke dalam sotong yang telah siap dibersihkan. Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.  Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut bersama saki baki lebihan beras pulut ,daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Triffle Gula Hangus

bahannya
A
3 sudu besar gula pasir
5 biji telur
1 tin susu cair
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

Sediakan pengukus, dan panaskan air.
Di dapur yang berlainan, panaskan loyang, goreng gula dengan api yang perlahan sehingga perang dan mencair.  Padamkan api.
Pukul telur hingga berbuih, masukkan susu, air tepung jagung dan vanila.  Pukul sekadar semuanya sebati.
Tuang pada gula hangus yang telah mengeras tadi.
Masukkan ke dalam pengukus.
Kukus selama 45 minit.
Angkat dan sejukkan

B
!/2 bungkus kristal jelly
200ml air panas
(ikut proses seperti yang tertera dikotaknya)

Campur keduanya dan tuang ke atas A,  Biarkan sejuk dan beku.(ada yang hanya perlu dicampur dengan menggunakan air panas sahaja dan ada yang perlu dimasak sehingga mendidih terlebih dahulu)

C
40gm tepung kastad(jenama Bird)
120ml susu cair
350 air
4 sudu besar gula pasir

Masak kesemuanya atas api sederhana dan bila mendidih tuang ke atas lapisan B
Sejukkan di dalam peti sejuk.

P/s lebih sedap dimakan bersama buahan campuran dalam tin.

Bihun Sup Tulang


Bihun dicelur(kalau nak bewarna kuning, semasa mencelur masukkan sedikit serbuk kunyit dan semasa mengetosnya lalukan diair paip untuk menghilang lebihan kuningnya.

bahan-bahan untuk sup tulang
Sekilo tulang lembu
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 ketul rempah punjut
sebatang serai(ketuk)
2 inci halia
seketul lengkuas
beberapa biji cili padi
Gula dan garam dan air asam jawa.

caranya
1. tulang lembu dibersihkan dan direbus sampai mendidih dan kemudian dibuang airnya.  Masukkan semula air yang lain  dan direbus bersama sup punjut.
2 Sementara itu, bawang-bawang dimayang begitu juga dengan halia dihiris nipis dan digoreng bersama rempah ratus tadi., Cili, serai dan lengkuas turut digoreng sama .  Apabila sudah sedikit garing dan wangi bahan tersebut bolehlah ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk rebusan tulang tadi .  Biarkan sampai betul-betul empuk(kalau nak cepat masaklah dalam periuk tekanan seperti yang akak selalu buat.Garam dan bahan perasa dimasukkan mengikut kesukaan.  Sebelum diangkat masukkan juga sedikit air asam jawa juga mengikut kesukaan. 

Hiasan
Cili padi
Daun sup
Bawang goreng
Limau nipis

Sedap dihidangkan bersama kicap pedas
Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api 
(Sambal kicap ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bimakan selain behun sup sesuai juga dengan laksa penang, mee kari, cecah dengan ikan bakar atau apa-apa menu yang sesuai. 

Apam Tapai Pulut

Bahan-bahannya
1 cawan tapai pulut
2 sudu besar gula
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno
Pewarna(kalau mahu)

Caranya
Blender tapai pulut, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno ke dalam adunan yang diperap tadi, dan kacau.
Masukkan pewarna yang diingini.  Kacau.
Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Masukkan adunan sehingga hampir penuh.  Kukus selama 15 - 20 minit dengan api yang kuat.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam

Sagu Gula Melaka

Bahannya
Secawan biji sagu(rendam setengah jam dan toskan)
1 liter air
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna merah

Didihkan air bersama daun pandan dan masukkan sagu.
Kacau sehingga berkilat dan tiada bintil-bintil putih.
Masukkan pewarna.  Kacau.
Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu dalam acuan.
Sejukkan.

Air gula melaka
Bahannya
2 keping gula melaka
1 cawan air
Sehelai daun pandan

Masak kesemuanya sehingga gula melaka hancur dan air sedikit pekat.
Angkat dan sejukkan.

Santan
1 cawan santan
1/2 sudu besar tepung beras(dibancuh dengan sedikit air..bagi yang mahu cair tak perlu letak)
Secubit garam

Masukkan semua bahan dan masak hingga sekali mendidih.  Angkat.

Bahan tambahan
Jagung dalam tin.(letak sesudu apabila hendak makan)

Cara menghidang
Masukkan santan dalam diikuti air gula melaka dan keluarkan sagu dari acuan.
Masukkan sesudu jagung tin.
Siap untuk dimakan.

Kek Alunan Kasih

Bahan-Bahannya
5 biji telur
250gm mentega
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder(ayak dengan tepung tadi)
1 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanila
Pewarna (oren, merah dan hijau)
Serbuk koko

Putar  mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar hingga kembang.
Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan baking powder, kacau sebati.
Bahagikan adunan sama banyak dan masukkan pewarna..
Panaskan ketuhar. 
Sapu loyang (bulat 8X8) dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan satu adunan ke dalam loyang dan tabur dengan serbuk koko(tapis dengan penapis teh)
Lakukan untuk adunan yang lain dan tabur dengan serbuk koko seperti proses tadi.
Lakukan sehingga habis dan bakar dalam oven suhu 180C selama 50 minit.(ikut suhu oven masing-masing)